banner

Friday, November 16, 2012

PERKEMBANGAN 25 MINGGU.. :)

Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit.

________________________________________________________

As salam utk sume..
lame jgk xhupdate blog nie.. hehehe..
sbbnye ari nie aku bru msuk keje..
lame den cuti..
sbb nk luangkan mse dgn tersayang..
ekekeke.. gedik btl!!
selame bercuti nie.. aku g jenjalan kat melaka jer..
blik dri jenjalan perghh.. kaki lenguh gler.. 
pdn muke aku!! tp xpe.. 
yg penting seronok sgttt!!!
skang aku dh msuk 25 minggu..
alhamdulillah.. aku dn my lttle beby shat2..
kamu sume doakan aku dn beby shat2 dn..
sumenye berjalan dgn lancar ye..
sehingga aku slmt bersalin nnti..
skang nie my little beby tgh duk aktif dlm my tummy nie..
duk menendang2.. duk bergerak2..
tp ibu srnk sayangg.. 
yg pntg ank ibu shat dn aktif slalu..
ibu sayang ank ibu sgt9 tau x!!
ibu arap ank ibu selese dlm perut ibu nie..
mggu dpn 19/11/12
aku g sepital utk check up lg..
huhu.. 2 mgu skali kn nk g check up..
huhu.. doakan yg baik2 utk aku dn my lttle beby yer..
okeyla.. nnti aku update lg dlm next entry yer..
daaa.. :)

No comments: