banner

Friday, August 05, 2011

ALLY ISKANDAR PUTUS TUNANG DENGAN NUR AISHAH ZAINAL!!

hye u olllss.. jumpe lg.. ekekekeke..
aku nk story nie skang nie musim putus tunang ke ek ni?
terdahulu kes penjaga gol Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia,
dan terbaru baca di Gua.com.my pulak mengatakan
Ally Iskandar putus tunang dengan Nur Aishah Zainal
yang juga merupakan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama,
sebelum ini mereka merancang untuk
menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini,
namun semuanya putus ditengah jalan, takpelah dah takde jodoh kan.



*aku nk berdoa tuk diri aku sndri..
YA ALLAH.. pnjgkn la jodoh di antara aku dn en tunang aku..
semoga berpanjangan hingga akhir hyt kami..
doakan kami ye sume tawan-tawan yg aku syggg..

 Menurut Gua.com.my, Ally mengesahkan perkara ini
ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya
di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.
Berikut dibawah kenyataan dari Ally.



“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu
selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan.
Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini
kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar.
Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut,
tiada keserasian di antara kami.
Makin lama makin tidak nampak keserasian itu
walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”


“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza
dan keputusan yang diambil ini memang berat
untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian,
tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.


Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu,


“Kami tidak bergaduh dan tiada konflik.
Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali.
Perkara ini datang berperingkat-peringkat.
Kami cuba untuk selesaikan masalah ini,
tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui.
Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan
kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan.
Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru.
Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua
cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.


“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini
dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan.
Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik.
Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan
tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”

“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada
tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.



- Gua.com.my


- Apa pun moga sukses selalu buat keduanya ^____^”




*btw color dorg nie same cm mse aku bertunang dulu..
hehehe.. nk jgk ckp!! hambek la ko dodot!!

No comments: